Saturday, February 12, 2011

MESEJ TERGEMPAR

Berikut adalah mesej bbm yang diterima dari sahabat Perkasa Saudara Arman Ketua Wira :

Salam Sahabat2 Yg Dihormati,

Saya Minta Tolong Banyak2, Sahabat Saya Juga AJK Wira Perkasa Pusat Sdr Mohd Farid b Abdullah, Hilang Sejak Pagi Tadi, Keluar Rumah Jam 3pagi, Menaiki WRN 3178 Proton Persona, Warna Ungu, Isteri Dan Keluarga Beliau Risau Kerana Tidak Dapat Dihubungi, Saya Telah Lancarkan Gerakan Cari Beliau Di Alamat Terakhir Friendfinder Beliau Di Tempat WISMA MOTOR JLN TAR (WMAS REPL, No.337 -339 Jalan Tuanku Abdul Rahman KL @ 19:50 Sejak Pagi Hingga Kini Lokasi Disitu. Beliau Ada Memegang Document Penting Yg Baru Dibongkarkan.

Saya Harap Rakan2 Sebarkan BBM Msg Ini Utk Cari Dan Doa Semoga Beliau Selamat.

- RAZAK BOSS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 11, 2011

Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda SAW

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:

“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri iaitu bangsa melayu yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asobiyyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah dibela dan dipertahankan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

-RAZAK BOSS-

Thursday, February 10, 2011

200 ahli PKR sertai Gerakan

IPOH 9 Feb. - Seramai 200 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat dan Tambun hari ini mengambil keputusan menyertai Gerakan selepas setahun meninggalkan parti pembangkang itu.
Mereka yang diketuai bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam, 38, menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan negeri di Wisma Gerakan di sini hari ini.
Menurut Subramaniam, Gerakan merupakan parti terbaik untuk mereka kerana ia parti berbilang kaum yang diketuai pemimpin yang merendah diri tetapi lantang apabila memperjuangkan sesuatu isu.
''Sejak meninggalkan PKR pada Mac 2010, hampir setahun kami tidak menyertai mana-mana parti walaupun banyak menerima tawaran daripada beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
''Dalam tempoh itu, kami melihat senario politik negara dan memikirkan tindakan seterusnya. Selepas itu, barulah kami memutuskan untuk sertai Gerakan kerana yakin hanya BN yang boleh membela rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Subramaniam berkata, mereka meninggalkan perjuangan PKR kerana parti itu tidak pernah mempedulikan nasib ahli tetapi hanya memperjuangkan agenda Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Katanya, ada dakwaan mengatakan mereka keluar PKR kerana terima sogokan daripada BN tetapi ia sebenarnya tidak benar sama sekali.
''Selepas menang di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), mereka hanya sibuk berbincang tentang syarikat kerajaan negeri dan konsesi balak. Mereka lupa terus ahli-ahli di bawah," katanya.
Justeru, beliau berharap rakyat tidak lagi tertipu dengan janji kosong pembangkang sebaliknya bersama menyokong BN yang boleh membantu mereka.
Sementara itu, Ko Youn mengalu-alukan kemasukan 200 bekas ahli PKR itu ke dalam Gerakan yang menunjukkan keyakinan mereka terhadap rekod cemerlang BN menguruskan negara. -UTUSAN-

‎​BUKTI SAHIH PAS TOLAK HUDUD !

Krone Proses Permohonan Kelantan Untuk Laksanakan Hukum Hudud (sejak tahun 1993)

Kronologi:
1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerentahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2.Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli Dewan Rakyat.

3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa menghadap Sultan Kelantan untuk diperkenankan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, iaitu bersetujulah Baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tandatangan.

Selama setahun hukum hudud PAS diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994 , Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan membuat ceramah keseluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud PAS akan di laksanakan

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri Datu Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu, keseluruhan fatwa Nik Aziz menuduh orang UMNO kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika PAS hendak melaksanakan hukum hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan diseluruh semenanjung Malaysia sebab negeri lain masih diperintah olih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelatan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol ? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan mersakan PAS Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberikan lampu hujau, malah bersedia mengambil hudud PAS untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membenteras kegiatan jenayah dan menepati 100 syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksankan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata okey...teruskan kita nak tengok..

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah peritiwa menggemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan saorang suri rumah yang juga saorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bahru.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada diatas katil, Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun, bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud PAS Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu bolih disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, PAS lansung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan UMNO yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatukan hukuman hudud keatas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka PAS membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada piliharaya (November 1999)

16. Rupa-rupanya, UMNO dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walau pun empat tahun berlaku. Sebaik saja PAS menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat

Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah dikalangan pemimpin PAS Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud...?

-Razak Boss-
Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, February 8, 2011

Penderhaka Bangsa

Shuhaimi Shafiei (PKR) Wakil Rakyat Sri Muda yang ditahan baru-baru ini mangajak semua penyokongnya mengiringi dia ke Mahkamah seperti di blognya http://srimuda.blogspot.com.Kes Shuhaimi dihadapkan di Mahkamah dan dia diiringi lebih kurang 20 orang sahaja itupun tak tahu mana punya mat pet dia bayar suruh ikut.

Memang jelas penduduk Sri Muda marah dan kecewa dengan tindakan Wakil Rakyat mereka.Dia yang berpakaian suit hitam dihadapkan ke Mahkamah pada pukul 10:30 pagi dan prosiding mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 min.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan Shuhaimi dibebaskan secara jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan kes itu.

Monday, February 7, 2011

10 Pemimpin DAP keluar parti

Seramai 10 orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya, James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN).
Tindakan kesemua 10 anggota parti pembangkang yang diketuai James itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina naib presiden berkenaan di sini hari ini.
James dan rakan-rakannya menyerahkan borang keahlian mereka menyertai Gerakan kepada Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis berkenaan dan menyerahkannya kepada Liew.
Menurut James, mereka bertindak keluar parti yang mereka dokong selama ini kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikannya.
James yang sudah 10 tahun bersama DAP berkata, hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan Gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya telah berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.
Mengulas mengenai tindakan pemimpin-pemimpin DAP Tawau itu, Musa berkata, parti-parti pembangkang di Sabah sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa di negeri itu dan tindakan pemimpin-pemimpin DAP itu menunjukkan kelemahan parti berkenaan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Sehubungan itu, beliau yakin lebih ramai pemimpin dan ahli DAP akan keluar parti dan menyertai BN.
Sementara itu, Tan Sri Liew Yun Fah menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik dan petanda positif untuk BN merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung daripada DAP.
Beliau yakin masyarakat Cina di kawasan itu kini telah mula sedar bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberikan peruntukan pembangunan sekaligus membela nasib rakyat di kawasan berkenaan. - BERNAMA