Tuesday, February 8, 2011

Penderhaka Bangsa

Shuhaimi Shafiei (PKR) Wakil Rakyat Sri Muda yang ditahan baru-baru ini mangajak semua penyokongnya mengiringi dia ke Mahkamah seperti di blognya http://srimuda.blogspot.com.Kes Shuhaimi dihadapkan di Mahkamah dan dia diiringi lebih kurang 20 orang sahaja itupun tak tahu mana punya mat pet dia bayar suruh ikut.

Memang jelas penduduk Sri Muda marah dan kecewa dengan tindakan Wakil Rakyat mereka.Dia yang berpakaian suit hitam dihadapkan ke Mahkamah pada pukul 10:30 pagi dan prosiding mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 min.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan Shuhaimi dibebaskan secara jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan kes itu.

No comments:

Post a Comment