Saturday, February 12, 2011

MESEJ TERGEMPAR

Berikut adalah mesej bbm yang diterima dari sahabat Perkasa Saudara Arman Ketua Wira :

Salam Sahabat2 Yg Dihormati,

Saya Minta Tolong Banyak2, Sahabat Saya Juga AJK Wira Perkasa Pusat Sdr Mohd Farid b Abdullah, Hilang Sejak Pagi Tadi, Keluar Rumah Jam 3pagi, Menaiki WRN 3178 Proton Persona, Warna Ungu, Isteri Dan Keluarga Beliau Risau Kerana Tidak Dapat Dihubungi, Saya Telah Lancarkan Gerakan Cari Beliau Di Alamat Terakhir Friendfinder Beliau Di Tempat WISMA MOTOR JLN TAR (WMAS REPL, No.337 -339 Jalan Tuanku Abdul Rahman KL @ 19:50 Sejak Pagi Hingga Kini Lokasi Disitu. Beliau Ada Memegang Document Penting Yg Baru Dibongkarkan.

Saya Harap Rakan2 Sebarkan BBM Msg Ini Utk Cari Dan Doa Semoga Beliau Selamat.

- RAZAK BOSS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 11, 2011

Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda SAW

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:

“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri iaitu bangsa melayu yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asobiyyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah dibela dan dipertahankan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

-RAZAK BOSS-

Thursday, February 10, 2011

200 ahli PKR sertai Gerakan

IPOH 9 Feb. - Seramai 200 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat dan Tambun hari ini mengambil keputusan menyertai Gerakan selepas setahun meninggalkan parti pembangkang itu.
Mereka yang diketuai bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam, 38, menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan negeri di Wisma Gerakan di sini hari ini.
Menurut Subramaniam, Gerakan merupakan parti terbaik untuk mereka kerana ia parti berbilang kaum yang diketuai pemimpin yang merendah diri tetapi lantang apabila memperjuangkan sesuatu isu.
''Sejak meninggalkan PKR pada Mac 2010, hampir setahun kami tidak menyertai mana-mana parti walaupun banyak menerima tawaran daripada beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
''Dalam tempoh itu, kami melihat senario politik negara dan memikirkan tindakan seterusnya. Selepas itu, barulah kami memutuskan untuk sertai Gerakan kerana yakin hanya BN yang boleh membela rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Subramaniam berkata, mereka meninggalkan perjuangan PKR kerana parti itu tidak pernah mempedulikan nasib ahli tetapi hanya memperjuangkan agenda Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Katanya, ada dakwaan mengatakan mereka keluar PKR kerana terima sogokan daripada BN tetapi ia sebenarnya tidak benar sama sekali.
''Selepas menang di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), mereka hanya sibuk berbincang tentang syarikat kerajaan negeri dan konsesi balak. Mereka lupa terus ahli-ahli di bawah," katanya.
Justeru, beliau berharap rakyat tidak lagi tertipu dengan janji kosong pembangkang sebaliknya bersama menyokong BN yang boleh membantu mereka.
Sementara itu, Ko Youn mengalu-alukan kemasukan 200 bekas ahli PKR itu ke dalam Gerakan yang menunjukkan keyakinan mereka terhadap rekod cemerlang BN menguruskan negara. -UTUSAN-

‎​BUKTI SAHIH PAS TOLAK HUDUD !

Krone Proses Permohonan Kelantan Untuk Laksanakan Hukum Hudud (sejak tahun 1993)

Kronologi:
1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerentahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2.Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli Dewan Rakyat.

3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa menghadap Sultan Kelantan untuk diperkenankan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, iaitu bersetujulah Baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tandatangan.

Selama setahun hukum hudud PAS diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994 , Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan membuat ceramah keseluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud PAS akan di laksanakan

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri Datu Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu, keseluruhan fatwa Nik Aziz menuduh orang UMNO kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika PAS hendak melaksanakan hukum hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan diseluruh semenanjung Malaysia sebab negeri lain masih diperintah olih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelatan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol ? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan mersakan PAS Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberikan lampu hujau, malah bersedia mengambil hudud PAS untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membenteras kegiatan jenayah dan menepati 100 syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksankan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata okey...teruskan kita nak tengok..

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah peritiwa menggemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan saorang suri rumah yang juga saorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bahru.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada diatas katil, Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun, bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud PAS Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu bolih disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, PAS lansung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan UMNO yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatukan hukuman hudud keatas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka PAS membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada piliharaya (November 1999)

16. Rupa-rupanya, UMNO dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walau pun empat tahun berlaku. Sebaik saja PAS menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat

Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah dikalangan pemimpin PAS Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud...?

-Razak Boss-
Sent from my BlackBerry® wireless device.

Tuesday, February 8, 2011

Penderhaka Bangsa

Shuhaimi Shafiei (PKR) Wakil Rakyat Sri Muda yang ditahan baru-baru ini mangajak semua penyokongnya mengiringi dia ke Mahkamah seperti di blognya http://srimuda.blogspot.com.Kes Shuhaimi dihadapkan di Mahkamah dan dia diiringi lebih kurang 20 orang sahaja itupun tak tahu mana punya mat pet dia bayar suruh ikut.

Memang jelas penduduk Sri Muda marah dan kecewa dengan tindakan Wakil Rakyat mereka.Dia yang berpakaian suit hitam dihadapkan ke Mahkamah pada pukul 10:30 pagi dan prosiding mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 min.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan Shuhaimi dibebaskan secara jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan kes itu.

Monday, February 7, 2011

10 Pemimpin DAP keluar parti

Seramai 10 orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya, James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN).
Tindakan kesemua 10 anggota parti pembangkang yang diketuai James itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina naib presiden berkenaan di sini hari ini.
James dan rakan-rakannya menyerahkan borang keahlian mereka menyertai Gerakan kepada Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis berkenaan dan menyerahkannya kepada Liew.
Menurut James, mereka bertindak keluar parti yang mereka dokong selama ini kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikannya.
James yang sudah 10 tahun bersama DAP berkata, hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan Gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya telah berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.
Mengulas mengenai tindakan pemimpin-pemimpin DAP Tawau itu, Musa berkata, parti-parti pembangkang di Sabah sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa di negeri itu dan tindakan pemimpin-pemimpin DAP itu menunjukkan kelemahan parti berkenaan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Sehubungan itu, beliau yakin lebih ramai pemimpin dan ahli DAP akan keluar parti dan menyertai BN.
Sementara itu, Tan Sri Liew Yun Fah menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik dan petanda positif untuk BN merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung daripada DAP.
Beliau yakin masyarakat Cina di kawasan itu kini telah mula sedar bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberikan peruntukan pembangunan sekaligus membela nasib rakyat di kawasan berkenaan. - BERNAMA

Friday, February 4, 2011

ADUN Sri Muda ditahan

Shuhaimi Shafiei (ADUN Sri Muda, PKR) hari ini ditahan polis mengikut Akta Hasutan 1948 berikutan tulisan dalam blognya baru-baru ini yang dilihat menghina dan menghasut orang ramai supaya menentang institusi raja.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja sebelum ini mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

ADUN itu antara lain turut menyatakan pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberi amaran kepada institusi beraja Selangor agar tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat tersebut turut menyatakan kononnya rakyat akan menolak sebarang tindakan ‘beraja di mata, bersultan di hati’ oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

Thursday, February 3, 2011

Orang Melayu Kena Baca..

Assalamualaikum semua, PC nak cerita sikit pasal nasib orang melayu sekarang sebab generasi muda sekarang kurang pendedahan..Peratusan penduduk melayu di Malaysia ini hanya 55% dan kita adalah kaum majoriti tetapi apa yang kita lihat sekarang melayu semakin berpecah-belah kerana fahaman politik masing-masing.

Ekonomi kita kini di dominasi oleh kaum cina dan yang tinggal hanyalah kuasa politik orang melayu, kalau kita berpecah-belah dari 55% mungkin bilangan kita menjadi 20-25%, dari situ kaum cina mengambil kesempatan bergabung dengan pembangkang seperti DAP,PKR dan PAS untuk menguasai kerajaan.

PAS (Parti Auta Sahaja)
-Nak menubuhkan kerajaan Islam kononnya, mengeluarkan kenyataan "sapa tak undi PAS khafir".
-Sekarang Nik Aziz kata "sapa tak undi pas syirik".
-Dulu dia kata UMNO kafir sebab kita bergabung dengan parti komponen MCA dan MIC tapi sekarang?     PAS dengan DAP..Pas nak jadi kafir juga ke?
-Dulu PAS mengharamkan calon wanita untuk bertanding..Sekarang?? Normala calon PAS di Tenang..tak tahula PC kalau Normala tu Mak Nyah.

-Banyak lagi malas PC nak sebut semua, kenapa masih ada orang Islam yang menyokong mereka?Mereka memperalatkan agama untuk kepentingan parti mereka..SEDARLAH ORANG MELAYU!

PKR (Parti Kian Rebah)
-Kononya menegakkan keadilan tetapi kebanyakkan pemimpin-pemimpin mereka semua mengejar jawatan tertentu untuk kepentingan peribadi..kalau tak dapat mulalah mereka angkat kaki. Tengok saja sekarang hampir 30 orang pemimpin-pemimpin tertinggi mereka meletak jawatan, baru-baru ini Gobalakrisnan. Sebab-sebab lain seperti "belakang marey" PC malas nak cerita sebab semua orang dah tahu Anwar memang suka lubang neraka tu SEDARLAH ORANG MELAYU!

DAP (Die As a Pig)
-Mereka memperjuangkan Malaysian Malaysia. Tujuan mereka satu je, nak mansuhkan semua kepentingan melayu dari segala aspek di negara ini, lihat sahaja di Penang sebagai bukti depan mata. PC pelik tengok wanita Islam PAS bertudung labuh memegang bendera Rocket..BODOH!macam lembu..kalau DAP berkuasa apa jadi dengan nasib anak-anak kita akan datang? Ekonomi takde, kuasa politik pun takde, melayu duduk Malaysia jadi apa, jaga SNOW WASH la nampaknya. SEDARLAH ORANG MELAYU!

UMNO (United Malays National Organization)
-Selama ini nasib orang melayu terbela dan hak mereka terpelihara..korang duduk Malaysia korang tengoklah sendiri pembangunan kita. Jadi daftarlah sebagai pengundi sekarang (bagi yang belum la)..Bersatulah orang melayu demi nasib anak-anak kita kelak..Undilah BN yang selama ini membela nasib orang melayu kita..TUNAIKAN KEWAJIBAN KITA SEBAGAI PENGUNDI


RAPATKAN SAF...ALLAHUAKBAR!

DAP nak buka Arkib Negara?

Seperti mana parti PAP (Singapura) cuba memadam sejarah yang kononya orang melayu bukanlah kaum yang pertama mula-mula sampai dan meneroka Singapura begitulah terjadi kepada Pulau Pinang sekarang, dimana DAP (cabang PAP) sudah mengikut jejak mentornya. Baru-baru ini DAP cuba untuk memadamkan sejarah Balik Pulau dengan mengedarkan risalah "My Balik Pulau", salah satu isi kandunganya yang menghina melayu dan menidakkan sejarah melayu adalah peneroka Balik Pulau yang terawal. Berdasarkan rekod pejabat pentadbiran British pada 1880, tamadun Melayu sudah lama wujud di situ sebelum ketibaan pendatang kaum lain.

Sebagai contoh, katanya, ketika itu sudah ada pemerintahan sistematik seperti penghulu dan masjid yang dijadikan pusat aktiviti masyarakat Melayu.

PAHANG DAILY ONLINE SUCKS!!

Setelah hampir 3 tahun difitnah akhirnya Mohd Saiful Bukhari (Bekas Pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim) mendapat keadilanya hari ini dengan secara rasminya "Pahang Daily Online"(PDO) memohon maaf  dan mengumumkan penarikan balik 6 artikel yang menfitnah Mohd Saiful.Diantara artikel fitnah yang diterbitkan oleh Mohd Shukri (PDO) adalah Mohd Saiful mengalami penyakit kemaluan bernanah dan menggunakan tiub untuk membuang air besar berikutan sumpah yang dibuatnya 3 tahun lalu.Ini menunjukkan kredibiliti BLOGGERS PEMBANGKANG yang tidak boleh diguna pakai dan semuanya adalah FITNAH semata-mata demi untuk kepentingan politik mereka. Untuk berita lanjut sila klik disini.

Wednesday, February 2, 2011

Perjuangan PAS tidak relevan.

Tindakan Nik Aziz menyokong usul "Penganut Islam Singapura perlu longgarkan pegangan agama" yang dilontarkan oleh Mantan Perdana Menteri Singapore, Lee Kuan Yew adalah tidak wajar. PAS yang kononya ingin menubuhkan Kerajaan Islam manyatakan UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam tapi sekarang? Mereka bersama-sama DAP. Ahli PAS dilarang berkahwin dengan ahli UMNO, sembahyang Jumaat dua Imam, dilarang menghadiri kenduri orang UMNO dan banyak lagi adalah menjurus kepada perpecahan umat Islam negara ini. Bukankah Islam menegah perpecahan dikalangan umatnya? Adakah perjuangan PAS masih relevan?

Isu terbaru Anwar Ibrahim?

PC tertanya-tanya siapakah wanita di dalam photo ini?PC mendapat photo wanita ini dari kenalan-kenalan bloggers yang lain dan wanita ini ada kaitannya dengan Anwar Ibrahim.Adakah ini akan menjadi isu terbaru Anwar Ibrahim, sama-samalah kita nantikan...