Saturday, February 12, 2011
MESEJ TERGEMPAR
Salam Sahabat2 Yg Dihormati,
Saya Minta Tolong Banyak2, Sahabat Saya Juga AJK Wira Perkasa Pusat Sdr Mohd Farid b Abdullah, Hilang Sejak Pagi Tadi, Keluar Rumah Jam 3pagi, Menaiki WRN 3178 Proton Persona, Warna Ungu, Isteri Dan Keluarga Beliau Risau Kerana Tidak Dapat Dihubungi, Saya Telah Lancarkan Gerakan Cari Beliau Di Alamat Terakhir Friendfinder Beliau Di Tempat WISMA MOTOR JLN TAR (WMAS REPL, No.337 -339 Jalan Tuanku Abdul Rahman KL @ 19:50 Sejak Pagi Hingga Kini Lokasi Disitu. Beliau Ada Memegang Document Penting Yg Baru Dibongkarkan.
Saya Harap Rakan2 Sebarkan BBM Msg Ini Utk Cari Dan Doa Semoga Beliau Selamat.
- RAZAK BOSS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, February 11, 2011
Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda SAW
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)
Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:
“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)
Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri iaitu bangsa melayu yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.
Maksud umum kepada asobiyyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah dibela dan dipertahankan.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
-RAZAK BOSS-
Thursday, February 10, 2011
200 ahli PKR sertai Gerakan
Mereka yang diketuai bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam, 38, menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan negeri di Wisma Gerakan di sini hari ini.
Menurut Subramaniam, Gerakan merupakan parti terbaik untuk mereka kerana ia parti berbilang kaum yang diketuai pemimpin yang merendah diri tetapi lantang apabila memperjuangkan sesuatu isu.
''Sejak meninggalkan PKR pada Mac 2010, hampir setahun kami tidak menyertai mana-mana parti walaupun banyak menerima tawaran daripada beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
''Dalam tempoh itu, kami melihat senario politik negara dan memikirkan tindakan seterusnya. Selepas itu, barulah kami memutuskan untuk sertai Gerakan kerana yakin hanya BN yang boleh membela rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Subramaniam berkata, mereka meninggalkan perjuangan PKR kerana parti itu tidak pernah mempedulikan nasib ahli tetapi hanya memperjuangkan agenda Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Katanya, ada dakwaan mengatakan mereka keluar PKR kerana terima sogokan daripada BN tetapi ia sebenarnya tidak benar sama sekali.
''Selepas menang di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), mereka hanya sibuk berbincang tentang syarikat kerajaan negeri dan konsesi balak. Mereka lupa terus ahli-ahli di bawah," katanya.
Justeru, beliau berharap rakyat tidak lagi tertipu dengan janji kosong pembangkang sebaliknya bersama menyokong BN yang boleh membantu mereka.
Sementara itu, Ko Youn mengalu-alukan kemasukan 200 bekas ahli PKR itu ke dalam Gerakan yang menunjukkan keyakinan mereka terhadap rekod cemerlang BN menguruskan negara. -UTUSAN-
BUKTI SAHIH PAS TOLAK HUDUD !
Kronologi:
1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerentahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
2.Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli Dewan Rakyat.
3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa menghadap Sultan Kelantan untuk diperkenankan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, iaitu bersetujulah Baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tandatangan.
Selama setahun hukum hudud PAS diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994 , Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan membuat ceramah keseluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud PAS akan di laksanakan
4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri Datu Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu, keseluruhan fatwa Nik Aziz menuduh orang UMNO kafir kerana menolak hukum Allah.
5. Bagi Dr Mahathir, jika PAS hendak melaksanakan hukum hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan diseluruh semenanjung Malaysia sebab negeri lain masih diperintah olih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelatan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol ? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.
7. Nik Aziz terdiam dan mersakan PAS Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberikan lampu hujau, malah bersedia mengambil hudud PAS untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membenteras kegiatan jenayah dan menepati 100 syariah Allah.
8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksankan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.
9. Dr Mahathir kata okey...teruskan kita nak tengok..
10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah peritiwa menggemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan saorang suri rumah yang juga saorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bahru.
11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.
12. Kedua-duanya sedang berada diatas katil, Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun, bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.
13. Mengikut hudud PAS Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu bolih disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.
14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, PAS lansung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan UMNO yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatukan hukuman hudud keatas Mohamad Sabu dan Norma.
15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka PAS membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada piliharaya (November 1999)
16. Rupa-rupanya, UMNO dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walau pun empat tahun berlaku. Sebaik saja PAS menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat
Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah dikalangan pemimpin PAS Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud...?
-Razak Boss-
Sent from my BlackBerry® wireless device.
Tuesday, February 8, 2011
Penderhaka Bangsa
Memang jelas penduduk Sri Muda marah dan kecewa dengan tindakan Wakil Rakyat mereka.Dia yang berpakaian suit hitam dihadapkan ke Mahkamah pada pukul 10:30 pagi dan prosiding mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 min.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan Shuhaimi dibebaskan secara jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan kes itu.
Monday, February 7, 2011
10 Pemimpin DAP keluar parti
Tindakan kesemua 10 anggota parti pembangkang yang diketuai James itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina naib presiden berkenaan di sini hari ini.
James dan rakan-rakannya menyerahkan borang keahlian mereka menyertai Gerakan kepada Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis berkenaan dan menyerahkannya kepada Liew.
Menurut James, mereka bertindak keluar parti yang mereka dokong selama ini kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikannya.
James yang sudah 10 tahun bersama DAP berkata, hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan Gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya telah berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.
Mengulas mengenai tindakan pemimpin-pemimpin DAP Tawau itu, Musa berkata, parti-parti pembangkang di Sabah sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa di negeri itu dan tindakan pemimpin-pemimpin DAP itu menunjukkan kelemahan parti berkenaan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Sehubungan itu, beliau yakin lebih ramai pemimpin dan ahli DAP akan keluar parti dan menyertai BN.
Sementara itu, Tan Sri Liew Yun Fah menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik dan petanda positif untuk BN merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung daripada DAP.
Beliau yakin masyarakat Cina di kawasan itu kini telah mula sedar bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberikan peruntukan pembangunan sekaligus membela nasib rakyat di kawasan berkenaan. - BERNAMA
Friday, February 4, 2011
ADUN Sri Muda ditahan
Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja sebelum ini mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya yang disiarkan pada 30 Disember lalu.
ADUN itu antara lain turut menyatakan pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberi amaran kepada institusi beraja Selangor agar tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat tersebut turut menyatakan kononnya rakyat akan menolak sebarang tindakan ‘beraja di mata, bersultan di hati’ oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.
Thursday, February 3, 2011
Orang Melayu Kena Baca..
Ekonomi kita kini di dominasi oleh kaum cina dan yang tinggal hanyalah kuasa politik orang melayu, kalau kita berpecah-belah dari 55% mungkin bilangan kita menjadi 20-25%, dari situ kaum cina mengambil kesempatan bergabung dengan pembangkang seperti DAP,PKR dan PAS untuk menguasai kerajaan.
PAS (Parti Auta Sahaja)
-Nak menubuhkan kerajaan Islam kononnya, mengeluarkan kenyataan "sapa tak undi PAS khafir".
-Sekarang Nik Aziz kata "sapa tak undi pas syirik".
-Dulu dia kata UMNO kafir sebab kita bergabung dengan parti komponen MCA dan MIC tapi sekarang? PAS dengan DAP..Pas nak jadi kafir juga ke?
-Dulu PAS mengharamkan calon wanita untuk bertanding..Sekarang?? Normala calon PAS di Tenang..tak tahula PC kalau Normala tu Mak Nyah.
-Banyak lagi malas PC nak sebut semua, kenapa masih ada orang Islam yang menyokong mereka?Mereka memperalatkan agama untuk kepentingan parti mereka..SEDARLAH ORANG MELAYU!
PKR (Parti Kian Rebah)
-Kononya menegakkan keadilan tetapi kebanyakkan pemimpin-pemimpin mereka semua mengejar jawatan tertentu untuk kepentingan peribadi..kalau tak dapat mulalah mereka angkat kaki. Tengok saja sekarang hampir 30 orang pemimpin-pemimpin tertinggi mereka meletak jawatan, baru-baru ini Gobalakrisnan. Sebab-sebab lain seperti "belakang marey" PC malas nak cerita sebab semua orang dah tahu Anwar memang suka lubang neraka tu SEDARLAH ORANG MELAYU!
DAP (Die As a Pig)
-Mereka memperjuangkan Malaysian Malaysia. Tujuan mereka satu je, nak mansuhkan semua kepentingan melayu dari segala aspek di negara ini, lihat sahaja di Penang sebagai bukti depan mata. PC pelik tengok wanita Islam PAS bertudung labuh memegang bendera Rocket..BODOH!macam lembu..kalau DAP berkuasa apa jadi dengan nasib anak-anak kita akan datang? Ekonomi takde, kuasa politik pun takde, melayu duduk Malaysia jadi apa, jaga SNOW WASH la nampaknya. SEDARLAH ORANG MELAYU!
UMNO (United Malays National Organization)
-Selama ini nasib orang melayu terbela dan hak mereka terpelihara..korang duduk Malaysia korang tengoklah sendiri pembangunan kita. Jadi daftarlah sebagai pengundi sekarang (bagi yang belum la)..Bersatulah orang melayu demi nasib anak-anak kita kelak..Undilah BN yang selama ini membela nasib orang melayu kita..TUNAIKAN KEWAJIBAN KITA SEBAGAI PENGUNDI
RAPATKAN SAF...ALLAHUAKBAR!
DAP nak buka Arkib Negara?
Sebagai contoh, katanya, ketika itu sudah ada pemerintahan sistematik seperti penghulu dan masjid yang dijadikan pusat aktiviti masyarakat Melayu.